Buat senarai semak – Bukan susah sangat. Tulis aje sebab apa. Nak bina keluarga yang gembira dan sihat ke, sebab sayang anak-anak ke. Sebab tak mau anak-anak berpenyakit, atau sebab nak tunjuk contoh yg baik ke . Atau apa-apa lah?
SEBABnya itu lebih penting daripada BAGAIMANA. Bila tau SEBAB nak laksana tu, tahulah BAGAIMANA nak buat tu nanti. Kalau tahu BAGAIMANA aje tapi tak tau SEBABnya, susahlah nak buat.
Kau tulis la faedah-faedah yang kau dapat kalau kau buat tindakan tu. Kau fikir juga faedah jangka panjang yang kau boleh dapat jika ambil tindakan tu sekarang. Banyak baiknya tu.
Tip 2:
Gambarkan. Kau bayangkan bagaimana hidup kau kalau kau berjaya. Bayangkan kau gembira, kau ceria, kau sihat. Bayangkan kau tengok orang-orang yang kau sayang tu, semuanya senyum, gembira. Sebabnya kau dah ambil langkah yang betul. Sebab tulah mereka semua gembira, sihat. Kau bayangkan diri kau bebas tak ada bahan-bahan toksik. Tak ada yang bawa penyakit. Bayangkan semua tu macam hadiah lah sebab kau dah ambil tindakan yang betul.
Tip 3:
Bersedia nak lakukan. Mula-mula kau mesti tahu apa puncanya. Itulah masalahnya. Kau tidak boleh selesai masalah kalau puncanya kau tak tahu.
Puncanya kerana bosan? Kerana stress? Tenangkan diri kau dan cari sebab-sebabnya. Lepas tu, kau cuba fikir cara macam mana. Kalau sebabnya bosan, kau isi bosan kau tu dengan aktiviti berfaedah, riadah ke, aktiviti bersama jiran dan rakan-rakan ke.
Tip 4:
Kurangkan. Memang tak mudah lah nak lakukan tiba-tiba gitu aje. Kau boleh kurangkan, sikit-sikit. Hari ni kurang. Besok lagi kurang.
Cara ni bukanlah berkesan sangat, tetapi boleh juga bantu, kalau kau tak boleh buat serta merta, sekaligus. Cara yang paling best buat je serta-merta. Nekad je. “Cukuplah!. Aku tak nak dah!”. Berjanjilah pada diri kau sendiri, kau tak nak dah. Kau nak hidup sihat.
Tip 5:
Kau kena tetap satu tempoh masa. Kau tetapkan satu tarikh yang kau akan berjaya selesaikan. Kira tarikh tu macam kejayaan kau lah. Contohnya pada sekian sekian haribulan berjaya dah.. Tapi kau kena pegang tarikh tu. Tekad tu kena kuat lah.
Bila kau dah boleh, kau kena kekalkan. Kau mesti rasa seronok rasa faedahnya tu. Kau kena fikir yang kau nak sentiasa sihat. Kau kena fikir kenapa kau kena kekal sihat.
Dengan ikhlas aku harap tips yang aku beri ni boleh ubah hidup kau. Jika kau boleh buat, faedahnya bukanlah untuk kau aje, untuk orang-orang yang kau sayang juga. Terus kekal sihat!.
Aku dah berjaya dua puluh tahun yang lalu! Kau pun boleh! Nanti memang kau rasa lebih sihat!


Catatan tambahan: Seorang cucu berusia 5 tahun bertanya: "Atuk, apa gigi orang tu keluar, panjang, ada asap". Dia tidak tahu: "gigi terkeluar, panjang & berasap" itu boleh mengancam nyawanya!