Dalam mesyuarat, ketika merancang program, seringkali yang difikirkan ialah, “apa yang perlu dilakukan oleh sekolah untuk mencapai objektif program”.
Ketika proses pelaksanaannya, yang seringkali dilupai ialah “apa yang patut diperolehi oleh pelajar; dan apa yang patutdibuat oleh pelajar untuk mendapatkannya”.
Memang dapat dijangka; bahawa guru-guru akan berpuas hati jika pendapat, pandangan dan buah fikiran mereka diambil kira apabila pemimpin sekolah membuat sesuatu keputusan.
Bagi guru, hal ini akan menimbulkan rasa dihormati, dipercayaidan dihargai. Guru-guru percaya bahawa unsur “empowerment” berlaku dalam proses membuat keputusan.
Keputusan yang diambil dianggap sebagai keputusan bersama.
Kadang-kadang, membuat“keputusan bersama” ini menimbulkan dilema dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah terpaksa mengamalkan kemahiran-kemahiransebagai “fasilitator” dan juga sebagai “pemerintah”.
Apa pun kemahiran yang digunapakai, perubahan tidak akan berlaku sekelip mata.
Dalam lapangan pendidikan, pelbagai definisi diberikan kepada “budaya sekolah”; yang kadang-kadang kurang jelas dan tidak konsisten. Konsep budaya dalam pendidikan timbul dengan harapan ia akan memberi halatuju persekitaran pembelajaran yang lebih cekap dan stabil.
Stolp and Smith (1994) menyatakan bahawa : “SCHOOL CULTURE” can be defined as the historically transmitted pattern of meaning that includes the norms, values, beliefs, ceremonies, rituals, traditions, and myths understood, maybe in varying degrees, by members of the school community. This system of meaning often shapes what people think and how they act.”
Pentingkah Budaya sekolah?
Banyak kajian yang telah dijalankan, memberi kesimpulan dan bukti bahawa budaya sekolah itu penting. Budaya sekolah yang sihat dan baik mempunyai korelasi yang erat antara peningkatan pencapaian dan motivasi pelajar dengan produktiviti dan kepuasan guru.
Bolehkah Budaya Sekolah Diubah?
Seringkali seseorang pengetua atau gurubesar yang baru berpindah, bertugas di sekolah lain berhasrat membawa perubahan (tentulah perubahan yang lebih baik). Pengetua atau GB yang berminat mengubah budaya sekolah mestilah terlebih dahulu memahami dengan mendalam budaya sedia ada di sekolah itu. Mengubah budaya sekolah akan melibatkan perubahan kepada perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kestabilan sekolah. Reformasi atau perubahan perlu mengambil kira pendapat orang lain dan juga kesan daripada proses perubahan yang ingin dilakukan.
Peranan Pengetua / GB ?
Perubahan yang berkesan akan dapat dilaksanakan jika pengetua / GB, guru-guru dan pelajar bersetuju bahawa nilai budaya memang penting kepada sekolah. Pengetua seharusnya memberi penekanan kepada pembinaan pasukan, mempunyai agenda bersama, menghormati pendapat orang lain, belajar daripada guru-guru dan pelajar, bina visi dan nilai yang dikongsi bersama.
Ketika berada di sebuah kedai runcit, saya terdengar sesaorang berkata bahawa penjual di kedai itu “mengelat”. Gelagat dan suara si pembeli itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak menyenangkan; dilakukan oleh si penjual.
Pulang ke rumah, saya mencari makna perkataan “mengelat”, “elat”, “gelat” dan “ngelat”. Kamus Dewan tidak pula menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut.
Saya bertanya seorang kawan (guru bahasa). Tahulah saya bahawa perkataan “mengelat” membawa maksud “melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan, dengan tujuan “berbohong”, “menipu” atau “memperdaya” untuk mendapat keuntungan diri.”
Saya bertanya diri sendiri, mengapa si penjual “mengelat”? Apa yang dilakukan kepada si pembeli”?. Jika “mengelat” itu membawa maksud “menipu”, dan jika benar seperti yang dikatakan pembeli, maka hal itu amatlah dikesali.
Ada sesetengah peniaga, tanpa kita sedari “mengelat” ketika berurusan dengan pembeli. Banyak cara “mengelat” dilakukan. Bagi penjual tersebut, “mengelat” adalah suatu seni. Pelbagai cara“mengelat” diajar kepadapembantu kedai. Sama ada disedari atau tidak, pembantu kedai dan pembeli terlibat dalam proses “mengelat” ini.
Agama Islam tidak mengajar, malah melarang perbuatan “mengelat” dalam urusan jual-beli, jika “mengelat” itu membawa tujuan “menipu”.
Selepas Isyak pergi beraya ke rumah kawan. Rumahnya dekat tepi sawah padi.
Masa nak balik, kawan saya bagi belut. Masih hidup. Katanya dia selalu masak belut; sedap masak sup atau goreng berlada. Tak pernah makan belut ni. Isteri saya kata dia takut nak siang. Macam ular, katanya. Saya sempat bergurau dengan isteri saya; saya kata saya tak percaya dia takut dengan belut. Saya dicubitnya kerana dia faham dengan gurauan saya tu.
Macam mana ye nak masak belut ni? Nak siang pun susah, licin. Rasanya pun tak tau lagi.
Masa hari raya, berhati-hati makan, bimbang sakit perut. Alhamdulillah. Tapi semalam demam dan batuk. (Banyak minum ais masa beraya). Pergi ke klinik. Biasalah dapat panadol dan ubat batuk. Hari ni pun masih demam dan batuk, tapi dah berkurangan. Masih boleh hantar posting dan meninjau blog rakan-rakan. Yang bimbangnya sekarang ni ramai yang kena denggi dan cikunggunya.
Tidak ada pemimpin pendidikan di sekolah, yang tidak berkomunikasi dan berinteraksi sewaktu melaksanakan peranan masing-masing. Malah setiap pemimpin pendidikan di sekolah sewajarnya terus mempertingkatkan keberkesanan berkomunikasi.
Apakah kemahiran yang paling penting perlu diamalkan untuk komunikasi yang berkesan?
Untuk berinteraksi secara berkesan dengan sesiapa sahaja – guru, pelajar, ahli masyarakat, ibu-bapa, ahli keluarga, anda perlu memahami “siapa” sebenarnya mereka. Lebih baik jika dapat difahami “latarbelakang” orang itu. Fahamilah “diri” orang itu terlebih dahulu supaya nanti kita mudah pula difahami.
Seterusnya kita mestilah mendengar dengan sepenuh hati apa yang diperkatakan oleh mereka. Keperluan yang amat penting bagi sesaorang manusia ialah keselamatan psikologi – untuk difahami, untuk dipersetujui, untuk diperakui dan untuk dihargai.
Apabila keperluan psikologi itu dapat dirasai oleh mereka, maka tumpuan bolehlah diberikan untuk menyelesaikan masalah yang ada. Pemimpin pendidikan yang hanya menumpukan perhatian kepadan ”kebenaran” dirinya sahaja akan terpinggir dan menjadi tidak berkesan.
Pendengar yang baik …
Tidak menyampuk, terutamanya untuk memperbaiki kesilapan atau menyatakan sesuatu;
Tidak menghakimi; tetapi berfikir sebelum menjawab; dan memandang atau mengadap orang yang bercakap;
Duduk berhampiran untuk mendengar; serta memahami “bahasa badan” (body-language);
Peka dengan apa yang didengar tentang buah fikiran dan nilai yang bertentangan;
Peka tentang perasaan dan andaian asas disebalik pernyataan-pernyataan dalam perbualan;
Peka kepada apa yang diperkatakan;
Elakkan memberi jawapan ketika orang itu sedang bercakap;
Jangan mudah memberi kataputus.
Untuk menguasai kemahiran mendengar, binalah sikap keinginan untuk mendengar, seterusnya binalah kemahiran bagi membantu memperkukuh sikap itu.
Insya-Allah dalam posting seterusnya akan saya hurai kemahiran-kemahiran berkomunikasi yang lain seperti kemahiran bertanya/ menyoal; memberi maklumbalas;persepsi; memperjelas perlakuan dan lain-lain.
Sambil sembang-sembang pada hariraya, ada teman yang bertanya tentang “Kepala Keretapi”.
Teman-teman yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kuala Rompin, ingin tahu kenapa di Kuala Rompin ada “kepala keretapi” tetapi tiada stesen atau landasan keretapi.
Tentang “kepala keretapi” di K.Rompin pun panjang juga ceritanya. Jika lalu di bandar Rompin, akan nampak kepala gerabak kereta api yang dipamerkan di hadapan Kompleks Pejabat Daerah Rompin.
Sebenarnya kepala keretapi itu ialah peninggalan Syarikat ROMPINCO yang mengangkut bijih besi dari Bukit Ibam ke jeti Kampung Lanjut yang terletak dalam daerah Rompin.
Pada tahun 1955, kerajaan Negeri Pahang telah membenarkan Eastern Mining & Mineral Company (EMCO) melombong bjih besi di Bukit Ibam. EMCO menghantar bijih besi menggunkan keretapai dari Bukit Ibam ke Kampung Lanjut sejauh 70 Kilometer. Bijih besi kemudian dimuatkan ke kapal di jeti yang terletak di Sungai Rompin.
Jika kita perhatikan, jalan raya dari Muadzam Shah Ke Kampung Lanjut yang ada sekarang kelihatan lurus kerana dahulunya ialah landasan keretapi. Salah sebuah kepala keretapi yang masih ada dahulunnya tersadai di Kampung Lanjut kini dipamerkan di perkarangan Kompleks Pejabat Daerah di Rompin.
Sekarang, setelah EMCO dan ROMPINCO memberhentikan operasinya pada tahun 60-an, segalanya tinggal sejarah.
Saya dijemput oleh jiran menghadiri rumah terbuka hari raya. Ketika itu seorang rakan bertanya bila pula giliran saya untuk mengadakan rumah terbuka.
Saya memberitahu bahawa saya tidak pernah mengadakan rumah terbuka. Datanglah ke rumah saya pada bila-bila masa untuk bersama-sama merayakan aidilfitri. Selalunya rakan-rakan sudah tahu, selepas solat aidilfitri, saya akan melaksanakan ibadah aidilfitri di rumah kaum keluarga dan saudara mara. Selepas itu barulah rakan-rakan berkunjung ke rumah.
Saya akan mencari peluang berkunjung ke rumah rakan-rakan bila berkesempatan. Jika tidak, saya menanti kehadiran rakan-rakan dan kenalan biarpun sepanjang syawal.
Memang lebih mudah urusan ibadah aidilfitri itu dilaksanakan dengan cara rumah terbuka. Secara sekali gus begini memang memudahkan. Jimat masa, jimat tenaga.
Barangkali saya “orang lama” yang masih mengikut “cara lama”. Bukan tidak mahu berubah tetapi dari dulupun, begitulah. Lagipun saya punya banyak waktu kerana saya sudah bersara.
Soal juadah untuk meraikan tetamu, tidaklah menjadi masalah sangat. Saya memberitahu tetamu, kita makan “apa yang ada”. Seminggu sebelum raya, kuih-kuih raya sudah disediakan untuk tetamu. Isteri saya kata, kuih raya tidak perlu dibuat. Kita guna telunjuk saja. Tunjuk sahaja dan bayar. Sedia dibawa pulang menanti kehadiran tetamu.
Saya percaya, tetamu-tetamu bukanlah cerewet. Mereka makan dan minum “apa yang ada”.
Pada hari raya pertama dan kedua, bolehlah makan ketupat,sup tulang BCW(special ni, saya yang masak sendiri), rendang daging dan kari ayam dan lain-lainlah yang isteri saya sediakan. Pada hari raya ke-dua, juadah-juadah ini “selesai”.
Pada hariraya ke-tiga, ada tetamu yang berkunjung, selain makan kuih, saya ajak makan tengahari bersama -“makan apa yang ada”. Sedap juga makan nasi bermai-ramai berlaukkanikan kembung bakar cicahsambal belacan, sayur labu, ikan masin goreng, ulam kacang dan timun. Petik terung yang saya tanam di belakang rumah, dikukus dan cicah air asam memang membuka selera.
Begitulah, bagi saya, aidilfitri meriah dalam serba sederhana. Tentulah kita ada cara sendiri memeriahkan aidilfitri …