29.7.08

PENJENAYAH: TEGAR TEGAK KERAS


Penjenayah Viagra: Tegar, Tegak, Keras.

Si XYZ didapati bersalah. Mencuri lima puluh ribu pil viagra. Ketika merumuskan keputusan, hakim berkata adalah jelas pesalah memang seorang penjenayah tegar. Keadilan perlu ditegakkan. Tiada pilihan lain melainkan dia dikenakan hukuman keras.

(Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati)

27.7.08

BAGAIMANA TERJADI HISTERIA ?


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan kejadian histeria berlaku di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.1

Tiga puluh empat pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki dikatakan diserang histeria hampir setiap hari sejak Mei lalu.

Banyak pihak menganggap kejadian ini sebagai misteri.2

Ada yang mengaitkannya dengan projek pembinaan bangunan tambahan di sekolah tersebut.

Bagaimana kaitannya itu tidaklah diketahui.3

Ada pihak yang mengaitkannya dengan wabak “deman sendi” seperti yang berlaku di Slim River, Perak. (50 kes dilaporkan setakat ini).

Di SMK Tanjung Lumpur, pelajar yang terlibat diserang histeria hampir setiap hari.4

Pada waktu rehat, segelintir pelajar perempuan dikatakan mengalami sakit sendi sehingga terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur.5

Segelintir guru wanita juga dikatakan mengalami kejadian tersebut.

Tindakan segera perlu diambil untuk memperbaiki keadaan supaya proses

pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.6

GERHANA


Mentari Gerhana

CERINGKAS: ULAS-ULAS NASI

Nasi:

Suatu petang, Awang melihat anaknya memungut ulas-ulas nasi di lantai dan menelannya satu demi satu. Awang amat sedih….


(Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati)

26.7.08

BAGAIMANA KELAKUANNYA ?


Dalam posting sebelum ini saya telah menulis tentang: Si Muslihat, Si Rayau, Si Ambilmudah, Si pengumpat, Si Leter dan Si Penyorok. Kali ini, ada beberapa lagi:

Kelakuan Si Mentah
Terlalu mementingkan diri sendiri.(1
Tidak mampu berfikir tentang diri sendiri.(2
Tidak mengikut arahan.(3
Banyak menghabiskan masa dan pengelibatan guru.(4
Bersikap keanak-anakan: merengek, menghentak kaki dll.(5
Tidak bersefahaman dengan rakan sebaya.(6
Tidak ingat perkara-perkara yang berkaitan kelakuannya yang tidak matang. Kadang-kadang dia sedar tentang emosinya yang tidak matang, dan bersetuju untuk berkelakuan lebih baik. Tetapi seketika kemudian kelakuannya menjadi tidak matang semula.(7
Lebih buruk, apabila ditegur tentang ketidakmatangannya, dia berlagak seolah-olah itulah kali pertama dia berkelakuan demikian.(8
Meneruskan kelakuannya, mengejek, mencuit, menyentuh, menjatuhkan buku ke lantai untuk menarik perhatian. Ini memperlihatkan ketidkmatangan yang berterusan.(9
Tidak dapat menyiapkan tugas harian tanpa merujuk kepada guru.(10

Kelakuan Si Tunjukpandai
Biasannya pelajar yang pandai.(1
Keputusan peperiksaannya baik.(2
Ingin semua orang tahu bahawa dirinya pandai.(3
Mendapat perhatian dan pujian melalui pencapaian dalam peperiksaan.(4
Berlagak sombong.(5
Tidak suka dan tidak membenarkan orang lain memberi pendapat untuk dirinya.(6
Memperlihatkan kelakuan yang suka bertanding – kadang-kadang membawa kepada perselisihan pendapat.(7
Berusahan supaya dirinya diterima dan ingin mempunyai hubungan yang baik.(8
Pada masa yang sama, memperli rakan-rakan yang tidak dapat menjawab soalan.(9
Mungkin sangat kreaif.(10
Sentiasa melihat ada cara lain untuk melakukan sesuatu.(11

Kelakuan SI Mahatahu
Berkelakuan seolah-olah dirinya tahu serba-serbi.(1
Tidak mahu menerima apa yang diberitahu kepadanya.(2
Sentiasa ingin bercakap.(3
Bersikap sombong kepada guru dan rakan sebaya.(4
Suka bertengkar.(5
Sukar untuk diajak berunding. Memberi pendapatnya sebelum orang lain habis bercakap.(6
Biasanya dia pelajar pandai dan selalu mengambil bahagian.(7
Menganggap dirinya sebagai pembantu guru.(8
Sangat kritis tentang tindakbalas orang lain tidak kira daripada pelajar lain atau orang dewasa.(9
Kadang-kadang mencerca, menggambarkan dirinya yang hilang kawalan.(10
Berfikir bahawa dirinya lebih tahu daripada orang lain.(11
Rakan-rakan mengatakan bahawa dia celupar.(12
Pendengar yang tidak baik.(13
Cuba mempengaruhi rakan sebaya.(14
Mungkin menjadi kera sumbang atau hanya berkawan denga orang yang berkelakuan seperti dirinya sahaja.(15

Kelakuan Si Muktamad
Sentiasa memberi “kataputus” kepada rakan sekelas, guru atau ibu bapa.(1
Perkeras dan berpegang teguh dengan kata-katanya walaupun dia tahu itu akan mencetuskan masalah.(2
Mencari perhatian walau bagaimana caranya sekalipun.(3
Sentiasa cuba membuktikan kebenarannya.(4
Degil dan tidak bertimbangrasa.(5
Menunjukkan kelakuannya secara berterusan – bukan berkala.(6
Walaupun ketika meminta maaf, dia masih berfikir orang lain silap dan mahu membuktikan kesilapan orang tersebut.(7
Mencari jalan untuk memperkecil orang lain.(8

Kelakuan Si Lewat.
Paling akhir: Lewat ke kelas, berbaris di belakang sekali. Sentiasa ketinggalan.(1
Perpura-pura terburu-buru, tetapi selalu paling akhir juga.(2
Kononnya jujur untuk menepati masa atau menyiapkan kerja.(3
Boleh jadi inginkan perhatian atau boleh jadi penakut.(4
ke kelas secara senyap takut malu atau masuk ke kelas dengan bising untuk menarik perhatian.(5
Biasanya kelihatan tidak terurus.
(6
Biasanya pelajar yang lemah dalam pelajaran.(7
Ketinggalan dalam membuat tugasan.(8
Kadang-kadang kelihatan seperti mempunyai potensi.(9

25.7.08

CERINGKAS: PEMBEDAHAN


Pembedahan
Awang menjalani pembedahan pundi-pundi kencing. Doktor tertinggal secebis kain di dalam pundi kencingnya. Doktor berjanji kesilapan itu tidak akan berlaku lagi. Pembedahan dijalankan semula untuk mengeluarkan kain tersebut. Kali ini doktor tertinggal dua cebisan kain dan sebilah gunting dalam pundi kencing Awang. Doktor berjanji kesilapan itu tidak akan berulang lagi. Awang dibedah lagi untuk mengeluarkan dua cebisan kain itu dan gunting . Pada pembedahan ini, doktor tertinggal tiga cebisan kain dan sebilah pisau. Dia berjanji kesilapan itu tidak akan berulang lagi…Satu pembedahan lagi akan dilakukan…

(Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati)

24.7.08

Ceringkas: Semut Terbakar


Segerombolan semut berarak ke arah sehelai daun yang baru gugur. Semut-semut itu akan menghancurkan daun dan memindahkannya ke dalam sarang di tepi rumah. Daun itu akan dijadikan simpanan makanan. Sekumpulan budak lelaki bermain api dan membakar sarang semut itu. Matilah semut-semut itu. Di dalam rumah, dua orang perempuan sedang berbual tentang apa yang betul dan apa yang tidak betul. Kemudian rumahnya terbakar menjadi abu.

(Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati)

MASUK SEKOLAH


Hari ini saya “masuk semula” sekolah, selepas setahun lebih tidak mengajar (kerana tamat perkhidmatan / bersara). (1

Skim KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) memberi peluang saya mengajar semula secara sambilan, dari sehari ke sehari mengikut keperluan sekolah. (2

Gembira berhadapan dengan pelajar-pelajar. Saya memang suka mengajar. Lebih gembira lagi jika perkara yang diajar itu dapat difahami oleh pelajar. Biarpun sedikit demi sedikit, itulah kepuasan bagi seorang guru. (3

Pengalaman lalu, mengajar selama 31 tahun amat membantu. Menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, pembelajaran, murid dan guru menjadi mudah dan pantas. (4

Ini juga menambah pengalaman yang sedia ada. (5

Selepas berakhirnya waktu pembelajaran pada hari pertama “masuk semula” persekolahan, banyak yang meransang minda saya. (6

Pelajar-pelajar ini, anak-anak nelayan, boroh dan pekerja kampung memang memerlukan perhatian. Jika tidak mereka akan ketinggalan. (7

Saya kagum dengan kegigihan guru-guru melaksanakan pelbagai program kecemerlangan untuk membantu mereka ini. Biarpun kemajuannya perlahan, tetapi tidak ada erti putus asa. (8

Saya merasa terkilan kerana apa yang diajar pada hari ini tidak dapat dipelajari oleh semua. Sebahagiannya tidak hadir ke sekolah. (9

Saya terfikir, ruginya anak-anak ini kerana setiap hari ada sahaja pelajar yang tidak hadir. (10

Apakah sebabnya? Banyak yang boleh diduga, tetapi tidak semuanya betul:

- sekolah tidak penting?

- malas?.

- bekerja membantu keluarga?

- ponteng?

- takut dihukum?

- tidak ada wang tambang?

- bosan?

- putus asa?

- disiplin?

..................dan banyak lagi…

Sesuatu perlu dilakukan…(11


23.7.08

Ceringkas: Pulang


Pulang ke kampung

Taraf hidup di Kuala Lumpur semakin melonjak. Apakah Awang masih sanggup tinggal di bandaraya itu. Awang mengambil keputusan berhenti kerja. Dia mahu segera pulang ke kampung. Diapun berkemas. Ketika itu dia terjumpa sekeping gambar hitam-putih. Gambar dirinya sewaktu kecil, duduk di ribaan ayahnya. Melihat gambar itu, Awang menahan sebak kerana tidak tertahan rasa hendak menangis. Akan pulangkah dia ke kampungnya…


(Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati)

BAGAIMANA MEMOHON PROGRAM SISWAZAH

15,000 guru sekolah rendah berpeluang melanjutkan pelajaran dengan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS). (1
Program secara percuma ini akan bermula pada 17 November 2008 hingga 2012.(2

Program PGRS ini akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.(3

Setiap tahun 3,000 guru akan diterima masuk dan akan mengikuti pengajian semasa cuti persekolahan.(4

PGRS akan mencapai 50% daripada kira-kira 140,000 guru sekolah rendah di seluruh negara dalam program pensiswazhan guru sekolah rendah.(5

Program ini akan menawarkan pelbagai matapelajaran. Selepas tamat pengajian, peserta akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah).(6

Iklan berkaitan PGRS disiarkan melalui akhbar tempatan pada 15 Julai yang lalu.(7

Permohonan juga boleh dibuat dalam talian.
http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon/

Ceringkas: GUSAR


GUSAR

Seorang petani tua di Kampung Raja sangat gusar. Anak semaiannya lambat membesar. Satu demi satu dia mencabut anak padi yang baru tumbuh di tapak semaian. Dia pulang keletihan.
“Saya penat hari ini. Saya usahakan supaya anak semaian lebih cepat membesar. Harap-harapnya kita tidak perlu lagi membeli beras yang semakin mahal” dia memberitahu keluarganya.
Tergesa-gesa anak lelakinya ke sawah untuk mengutip hasilnya. Melihat semaian padi yang telah layu, di berkata kepada dirinya: benarlah kata ayah, cepatnya membesar padi ini. Tidak sempat dituai sudah kecut dan layu.
Dia pulang ke rumah dan terasa amat lapar.
(cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah mati)

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN



Ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengenalpasti beberapa prinsip pembelajaran ataupun peraturan-peraturan pembelajaran.(1

Prinsip-prinsip dan peraturan ini pada umumnya digunapakai dalam proses pembelajaran.(2

Prinsip-prinsip ini telah ditemui, diuji, dan digunakan dalam situasi-situasi praktik.(3

Prinsip-prinsip ini telah memberikan kefahaman tambahan tentang perkara-perkara yang menyebabkan kita belajar dengan lebih berkesan.(4

Prinsip atau peraturan pembelajaran ialah:
a) Kesediaan (fizikal, mental, emosi)
b) Latihan (berulang-ulang dan bermakna)
c) Kesan (kepuasan yang menyenangkan)
d) Keutamaan (mengutamakan ketepatan)
e) Kesegeraan (bertujuan mengekalkan ingatan)
f) Kehebatan (pengalaman pembelajaran yang hebat). (5

22.7.08

Ceringkas:_Oh Cikgu


Cerita Ringkas (Ceringkas)


“Awak cikgu?” dia bertanya. “Siapa yang awak ajar?”

“Pelajar pintar semuanya,” sambil tersenyum saya memberi jawapan.

“Er… maksud saya, bangsa mereka?” dia bertanya lagi.

“Kebanyakannya, orang mendatang, terpaksalah saya belajar banyak bahasa

supaya saya dapat terus bekerja.” saya menjawab dan senyum lagi.

“Oh!”

Ada juga Bangla dan Kampuchea..” saya terus memberitahu.

“Ah…”

Myanmar dan Nepal pun ada..” saya maklumkan sambil senyum.

“Uh…”

“Orang Indon pun ramai juga..” dengan suara yang lebih jelas saya khabarkan.

“Ya.. ke begitu… tapi tak ada lagi ke orang Melayu yang hendak diajar?” dia bertanya dan terus pergi.

Tidak sempat saya memberi jawapan.


{cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang sudah mati}

Untuk Pengetahuan: WHAT IS DNA?


DNA, or deoxyribonucleic acid, is the fundamental building block for an individual's entire genetic makeup. It is a component of virtually every cell in the human body.(1
Further, a person's DNA is the same in every cell. For example, the DNA in a man's blood is the same as the DNA in his skin cells, semen, and saliva.(2
The DNA Double Helix is one of the greatest scientific discoveries of all time. First described by James Watson and Francis Crick in 1953, DNA is the famous molecule of genetics that establishes each organism's physical characteristics.(3
It wasn't until mid-2001, that the Human Genome Project and Celera Genomics jointly presented the true nature and complexity of the digital code inherent in DNA.(4
We now understand that there are approximately 35,000 genes in each human DNA molecule, comprised of chemical bases arranged in approximately 3 billion precise sequences.(5
Even the DNA molecule for the single-celled bacterium, E. coli, contains enough information to fill all the books in any of the world's largest libraries.(6
DNA (deoxyribonucleic acid) is a double-stranded molecule that is twisted into a helix like a spiral staircase. Each strand is comprised of a sugar-phosphate backbone and numerous base chemicals attached in pairs.(7
he four bases that make up the stairs in the spiraling staircase are adenine (A), thymine (T), cytosine (C) and guanine (G). These stairs act as the "letters" in the genetic alphabet, combining into complex sequences to form the words, sentences and paragraphs that act as instructions to guide the formation and functioning of the host cell.(8
Maybe even more appropriately, the A, T, C and G in the genetic code of the DNA molecule can be compared to the "0" and "1" in the binary code of computer software. Like software to a computer, the DNA code is a genetic language that communicates information to the organic cell.(9
The DNA code, like a floppy disk of binary code, is quite simple in its basic paired structure. However, it's the sequencing and functioning of that code that's enormously complex.(10
Through recent technologies like x-ray crystallography, we now know that the cell is not a "blob of protoplasm", but rather a microscopic marvel that is more complex than the space shuttle.(11
The cell is very complicated, using vast numbers of phenomenally precise DNA instructions to control its every function.(12

21.7.08

BAGAIMANA MENGHUKUM MURID ?


Mengapa murid-murid dihukum di sekolah?(1
Apakah murid-murid perlu dirotan, ditampar, dicubit supaya mereka belajar?(2

Mungkinkah kerana guru kurang sabar dan mudah teransang rasa marah ketika mengendalikan muri-murid?(3

Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kurang kawalan diri dan rasa marah yang tidak dapat dibendung.(4

Memang tidak dinafikan ada murid-murid yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Sebahagiannya pula bukanlah pelajar yang nakal tetapi hanya lemah dalam pelajaran.(5

Terdapat murid-murid yang sememangnya tidak memahami betapa pentingnya pelajaran kepada diri mereka kerana latarbelakang kehidupan yang mundur.(6

Sekiranya guru-guru bersifst kasar dan tidak mempunyai rasa empati kepada murid-muridnya, lama kelamaan murid-murid mereka akan menjauhkan diri.(7

Apabila murid-murid sentiasa dihukum dan tidak dapat melahirkan rasa kecewa mereka, akhirnya mereka akan hilang hargadiri. Mereka akan menjadi manusia introvert (hanya memusatkan perhatian kepada diri sendiri sahaja).(8

Mereka akan terus hidup untuk menjadi manusia introvert dan mementingkan diri sendiri sahaja.(9

Sekolah yang sihat persekitarannya mempunyai guru-guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Guru-guru mempunyai sifat lebih simpati apabila mempunyai kematangan emosi.(10

Sebelum mengenakan sebarang hukuman kepada murid-murid, guru-guru mesti menyedari, memahami dan menilai tentang perasaan murid-murid mereka.(11

Guru-guru mestilah terlebih dahulu cuba memahami kualiti diri mereka sendiri dan murid-murid sebelum mengenakan hukuman kerana sebarang tindakan yang silap akan menjatuhkan harga diri murid-murid. Kesilapan ini sukar dipulihkan.(12

Berkomunikasilah bersama murid-murid dengan penuh kesabaran!(13

Cubalah memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid. Tawanlah hati mereka dengan toleransi dan hukumlah mereka dengan cara yang berhemah.(14

Menghindari diri daripada mengenakan hukuman fizikal kepada murid-murid adalah pilihan terbaik buat guru.(15


“If you punish a child for being naughty, and reward him for being good, he will do right merely for the sake of the reward; and when he goes out into the world and finds that goodness is not always rewarded, nor wickedness always punished, he will grow into a man who only thinks about how he may get on in the world, and does right or wrong according as he finds either of advantage to himself”.



MENTOL ELEKTRIK, KERETA DAN MINYAK




Pada tahun 1887, Thomas Edison telah berjaya mencipta mentol elektrik yang pertama.(1

Ciptaan ini menjadi begitu popular sehingga menyebabkan kemerosotan yang besar dalam industri minyak.(2

Semenjak 1856 lampu kesosene digunakan di rumah . Lampu-lampu jalan juga menggunakan kerosene (minyak tanah).(3

Ahli sejarah mencatatkan bahawa pengenalan kepada penggunaan minyak tanah telah merintis industri minyak.(4

Penjualan dan penghasilan minyak tanah telah jatuh merudum apabila tenaga elektrik dan mentol elektrik denga begitu pantas menarik minat orang ramai.(5

Pada tahun 1908 penghasilan otomobil secara besar-besaran telah meningkatkan permintaan terhadap minyak dan telah meransang penghasilan minyak.(6

Saluran minyak telah dibena dari kawasan carigali minyak di Texas sehingga ke kawasan penapisan minyak di timur Amerika Syarikat.(7

Dengan permulaan itu dan penerimaan orang ramai terhadap pengeluaran otomobil, bermulalah Era Pemodenan Pertoleum.(8

19.7.08

BAGAIMANA MUSLIHATNYA ?


Posting kali ini ialah sambungan daripada tulisan saya terdahulu mengenai Si Biadab, Si Bingung, Si Tokoktambah, Si Kaki gaduh, Si Pelupa,

Kelakuan Si Muslihat
Lazimnya lantang dan menarik perhatian orang.(1
Selalu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi mempertahankan diri daripada kritikan orang lain.(2
Cuba meyakinkan dengan menggunakkan kata-kata yang sumbang.(3
Menggunakan kata-kata untuk menarik perhatian.(4
Kononnya “tahu semua” berkaitan dengan kehidupan.
Bertindak negatif ketikan berada dalam kumpulan yang ramai.(5
Cuba mengejutkan orang lain dengan perkataan-perkataan sumbang.(6
Menjadi seorang bersopan santun apabila berhadapan seorang sama seorang.(7

Kelakuan Si Rayau
Tidak duduk diam.(1
Tidak tetap di sesuatu tempat. Ada sahaja tempat yang hendak dikunjungi.(2
Sentiasa mencari alasan untuk mohon keluar kelas. Minta kebenaran untuk ke bilik air, pejabat, berjumpa guru atau ke bilik kaunseling atau ke tempat lain.(3
Selalu menggunakan perkataan “kecemasan” yang tidak boleh ditangguh.(4
Selalu tidak berada dalam kelas sewaktu pembelajaran.(5
Memaklumkan kepada kelas untuk membenarkannya pergi ke tempat penting yang lain.(6
Bangga dengan kelakuannya yang selalu keluar kelas.(7
Cuba mempengaruhi rakan sekelas mengikutinya.(8
Biasanya bukanlah pelajar yang baik dalam pelajaran.(9
Suka jika dapat meninggalkan kelas sebelum ujian atau tempoh menyiapkan tugasan.(10
Sentiasa berfikir ke mana dia akan pergi seterusnya.(11

Kelakuan Si Ambilmudah
Sentiasa ingin mendapat sesuatu secara mudah. Mahu pencapaian baik tanpa belajar. Mahu dihormati tanpa menghormati orang lain. Membuang masa guru kerana dia tidak menunjukkan minat belajar.(1
Mempamerkan perlakuan yang tidak selaras dengan aktiviti kelas, kerana matalamatnya ialah pencapaian yang mudah tanpa berusaha.(2
Banyak membuang masa dan tenaga dengan bersantai.(3
Kononnya pintar dengan “membuat sesuatu yang penting”.(4
Amat berpuas hati untuk berkelakuan “ambilmudah”.(5
Tidak kisah dengan pembaziran potensi dirinya.(6
Menyatakan bahawa perlakuannya itu membuktikan kebijaksanaannya.(7
Merasa puas dengan gaya dan lagaknya.(8
Memperli dan menyindir pelajar-pelajar yang rajin berusaha.(9

Kelakuan Si Pengumpat
Ada sahaja orang yang hendak diumpat.(1
Mebuat cerita tentang kawan sekelas, guru, GPK dan ibubapa. Malah bercakap tentang rakan karibnya juga.(2
Malanya, cerita yang dibawa ialah cerita yang buruk.(3
Menukar tajuk perbualan kepada cerita yang hendak disebarkan.(4
Tidak peduli sama ada cerita itu benar atau sebaliknya atau memberi kesan buruk kepada orang lain.(5
Mencari jalain untuk menarik perhatian. Jika tidak dapat dengan cara yang positif, akan digunakan teknik umpatan.(6
Tidak jujur atau tidak setia.(7
Sentiasa mahu mendapatkan maklumat untuk dikaitkan dengan orang yang diumpat. Fikirannya sentiasa dipenuhi dengan maklumat untuk dinyatakan kepada orang lain.98
Sentiasa mahu bersama orang lain.(9
Sentiasa mempunyai keinginan untuk bercakap.(10
Sentiasa bercerita tentang dirinya.(11

Kelakuan Si Leter
Berleter tentang apa sahaja: ujian, peperiksaan gred markah, kerja rumah dan lain-lain.(1
Marah dengan tiba-tiba, menjerit, mengeluh dan murung.(2
Mengeluh tentang hubungannya dengan orang lain.(3
Seperti tidak menyukai diri dan tanggungjawabnya.(4
Tidak suka kepada tugasan.(5
Selalu menyatakan bahawa dirinya sentiasa menjadi mangsa.(6
Bimbang dan takut dengan cabaran.(7
Selalu membuang masa.(8

Kelakuan Si Penyorok
Tidak mencuri, tetapi menyembunyikan pensel, buku, beg, dan benda-da lain hanya untuk keseronokan sahaja.(1
Menyorok benda-benda pada waktu-watku benda-benda itu diperlukan.(2
Menafikan tindakannya menyorok benda-benda tersebut.(3
Berpura-pura tidak bersalah.(4
Kadang-kadang membantu mencari benda-benda yang disoroknya.(5
Kadang-kadang melibatkan orang lain.(6
Merasa sedih kalau orang memarahinya.(7
Biasanya suka bersendirian.(8

Nanti akan disambung tentang kelakuan Si Mengkal, Si Lewat, Si lagakpandai , Si Tegas dan lain-lain…..

15.7.08

DEBAT DSAI vs DASC: Tonton, Dengar, Fikir dan Nilai


1) Pendebat: Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) , Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) , Menteri Penerangan Malaysia . 2) Tempat: Balai Tun Syed Nasir, dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3) Tarikh Dan Masa: 15 Julai, 2008. 9.00 malam. 4) Penyiar: Secara langsung menerusi TV9, Astro Awani dan Bernama TV . 5) Moderator: Datuk Johan Jaafar (DJJ). 6) Penganjur: Agendadaily. 7) Tajuk: " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak".
8) Format dan Peraturan:

Kedua-dua pendebat (DSAI) dan (DASC) telah bersetuju pada peraturan debat iyang ditetapkan oleh Agendadaily. Hujah-hujah tidak dibenar melencong.

Moderator, (DJJ),akan mempengerusikan debat itu secara tegas supaya tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu melencong kepasa isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan minyak.
Moderator, DJJ memberi peringatan awal dan akan menghentikan terus debat jika ia melanggar peraturan.

Kedua-dua pendebat akan menyampaikan hujah masing-masing selama lima minit dan kemudiannya diikuti oleh soalan dari ahli panel. DSAI dan DASC masing-masing akan membawa seorang ahli panel.

DSAI dan DASC akan menyoal satu sama lain sebelum mereka menggulong hujah masing-masing.
Kuota hadirin di dewan ditetapkan haya 200 orang. Pihak penganjur mengundang 100 orang manakala pihak DSAI 50 orang dan DASC 50 orang. Kuota ini tidak termasuk wartawan dan media.
Pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dikenakan di pintu masuk Dewan Bahasa dan Pustaka serta di pintu masuk dewan. Tonton, dengar, fikir dan buatlah penilaian sendiri. Bersama-samalah kita menilainya dengan fikiran yang matang. .

13.7.08

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...


Untuk renungan pada pagi minggu......

10.7.08

BAGAIMANA KALAU BUDAK BIADAB?

Dalam coretan yang lalu saya telah menulis tentang si pembuli, si pendesak, si badut, si pengadu, dan si pengacau. Seterusnya saya paparkan beberapa lagi......

Kelakuan Si Biadab

  • Tidak ambil peduli, tidak ambil berat. (1
  • Kekurangan motivasi kendiri (contohnya, selekeh).(3
  • Biasa tidak hadir atau lambat ke sekolah.(4
  • Menggunakan bahasa kasar/ kesat. (5
  • Suka memakai baju (misalnya baju-T) yang ada gambaran lucah.(6
  • Perlakuan biadabnya menganggu orang lain..(7

  • Kelakuan Si Bingung.
  • Bercakap tak tentu masanya, mengajak orang lain turut serta. (1
  • Bertanya soalan yang tiada kaitan dengan tajuk.(2
  • Menyampuk ketika diberi arahan tugasan.(3
  • Mudah bingung / kusut fikiran.(4
  • Sukar menumpukan perhatian.(5
  • Lebih mudah berkawan dengan pelajar yang lebih rendah usia kerana sukar diterima rakan sebaya.(6
  • Sukar menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.(7
  • Lebih banyak melihat orang lain bekerja daripada menyertai mereka.(7
  • Kelakuannya menganggu orang lain. Lebih banyak mempunyai masaalah sosial daripada masaalah disiplin.(7.

  • Kelakuan Si Tokok
  • Dia bukan tidak disukai - cuma kadang-kadang tidak kita percayai. (1
  • Apa yang dikatanya, sebahagianya memang betul. Cuma kadang-kadang perkara kecil diperbesar-besarkan. Suka menokoktambah cerita.(2
  • Seringkali, perlakuannya mengarah kepada fantasi, bukan kehidupan realiti.(3
  • Kemampuannya boleh dipersoal, melainkan mendapat bantuan guru.
  • Memerlukan perhatian.(4
  • Ingin memperlihatkan dirinya sebagai penting. Perkara kecil yang terjadi dinggap besar dan penting.(5
  • Mempunyai harapan yang tinggi agar diterima oleh orang lain.(6
  • Kelakuan Si Gaduh
  • sentiasa melibatkan diri dalam pergaduhan dengan pelajar lain. (1
  • Mempunyai keinginan supaya diutamakan, menjadi yang terbaik dan yang terkuat.. (2
  • Mempunyai mentaliti suka bergaduh. Selalu ingin memulakan pergaduhan.
  • Seringkali merungut dan mengadu kepada guru tentang pelajar lain, keadilan, banyak tugas, dll.. (3
  • Melihat dirinya sentiasa benar dan tidak pernah salah.(4
  • Mendapat keseronokan dengan memperkecil-kecil corang lain.(5
  • Tidak mempunyai ramai kawan.(6
  • Telah diasuh untuk menyelesaikan masaalah dengan cara bergaduh. Berkait rapat dengan asuhan di rumah.(7
  • Kelihatannya boleh memaafkan orang tetapi penyelesaiannya dengan cara pergaduhan. (8
  • Berasa sombong apabila memenangi pergaduhan. Dan apabila kalah, ajak begaduh “pada masa lain”. Selalu kecundang dalam peperiksaan. Walaupun dibelasah, tetapi sentiasa ingin memulakan pergaduhan. (9
  • Kelakuan Si Pelupa
  • Gagal menyiapkan kerja rumah.(1
  • Tidak membawa peralatan sekolah.(2
  • Lupa melaksanakan tanggungjawab.(3
  • Sentiasa cuba meminjam peralatan orang lain.(4
  • Meninggalkan kelas untuk mengambil peralatan sekolah.(5
  • Merasa tersinggung apabila dikataka pelupa..(6
  • Tidak memulangkan peralatan yang dipinjam (7
  • Selalu ketinggalan dalam pelajaran.(8
  • Selalu meminta maaf kalau terlupa.(9
  • Mengharap orang lain tolong ingatkan.(10
  • Menyalahkan orang lain jika terlupa.(11
  • Mungkin marah jika orang tidak memberitahunya.(12
  • Mengharapkan orang lain.(13
  • Membuat tugasan pada saat-saat akhir.(14
  • Dalam tulisan akan datang saya akan paparkan kelakuan Si Muslihat, Si Mundarmandir, Si Leter, Si Pengumpat…

BAGAIMANA MEMBERI GULA-GULA ?


Budak-budak yang menangis diberkan gula-gula.(1
Nanti dia menangis lagi kerana mahukan gula-gula.(2
Dia akan terus menangis bila teringatkan gula-gula.(3
Dia akan cari helah kerana mahukan gula-gula.(4
Dia akan ajak kawan-kawannya menangis kerana akan dapat gula-gula.(5
Dia dan kawan-kawannya akan merajuk dan marah jika tidak diberikan gula-gula kerana dia selalu dapat gula-gula.(6
Dia akan gunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan gula-gula walaupun dengan cara ugutan.(7
Dia dan kawan-kawan akan merajuk jika tidak mendapat gula-gula.(8

Takutkan bising dengan tangisan, rajuk dan ugutan, pemberi gula-gula menambah jumlah dan jenis gula-gula.(9
Bila sakit gigi dan kencing manis dan dapat penyakit kerana terlalu banyak makan gula-gula dan stok gula-gula pun dah habis, dia akan menjerit marah kepada pemberi gula-gula.(10

Kenapa diberikan gula-gula ???(11

QAZAF


Coretan saya kali ini..... untuk pengetahuan pembaca tentang:

AKTA 559

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI


Seksyen 41. Qazaf.
Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

SEBUNGKUS NASI LEMAK SECAWAN KOPI

1) Pagi tadi ketika makan nasi lemak, saya teringat akan bekas anak-anak murid saya (entah di mana mereka, entah berapa ribu ramainya). Sudah bersarapankah mereka? Diharapkan tidak seorangpun daripada mereka dan keluarga masing-masing yang lapar kerana ketiadaan makanan.

2) Alhamdulillah. Saya masih dapat membeli nasi lemak yang dijual RM 1 sebungkus. Memadai bagi saya bersarapan bersama secawan kopi.

3) Ada penjual nasi lemak yang menjual RM1 walaupun ramai yang menjual dengan harga RM1.50 maupun RM2.00. Memang demikianlah harga akan tetap naik mengikut harga minyak, kata mereka. Alasan yang paling logik pada masa ini.

4) Ada penjual yang mempunyai falsafah begini:" Biar harga murah, asalkan ramai pembeli". Ada falsampah lain: "Biar tidak habis kerana sudah banyak untung!"

5) Sekarang ramai yang merungut, semua keperluan melibatkan wang, harganya naik.

6) Bagi saya, apa-apa pun keadaannya, tetap mempunyai hikmahnya tersendiri.

7) Di jalanraya, kenderaan tidak sesibuk dahulu. Penjimatan minyak. Kemalangan pun berkurangan. Pandu 80 hingga 100 kmj sudah memadai. Jimat petrol. Lambat 5 minit saja. Yang memandu laju, memang kaya raya.

8) Nasi lemak dan roti canai, kuantitinya dikurangkan. Tidaklah terlalu banyak mengambil makanan berminyak dan berlemak. Dapat menjaga kesihatan.

9) Teh tarik pun sudah kurang manisnya. Mengurangkan pengambilan gula. Kurang risiko kencing manis. Dulu ramai ke unit kecemasan (kencing masam?) hospital, kerana kencing manis.

10) Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan keadaan, lama kelamaan, boleh juga.

11) Anak-anak sekolah, dulu bapa hantar atau naik bas. Sekarang naik basikal. Sihatkan badan juga. (Ibubapa kena perihatin, nanti ada anak yang ponteng sekolah).

12) Pembelian makanan ringan (jajan) sudah berkurangan. Jaga kesihatan anak-anak. Jangan diberikan banyak gula-gula.

13) Cuti hujung minggu, kurang makan angin. Lebih baik bersantai di rumah bersama keluarga. Tetapi janganlah asyik mengadap TV sahaja.

14) Pendekkata, kenaikan harga minyak , ada juga manfaatnya. Banyak lagi lah kalau nak dicatatkan.

15) Di bandar, di kampung, di bandaraya, di felda lain caranya, lain manfaatnya. Lain padang, lain belalangnya. (Tapi janganlah jadi nujum pak belalang: Siapa jadi PM nanti, turunlah harga petrol !)

16) Kalau nak catat tentang beban kewangan dan keperitan hidup sekarang ini …… lagilah banyaknya…

7.7.08

BAGAIMANA ANWAR DIDAKWA MELIWAT


Exco Pemuda Umno, Datuk Idris Harun yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata:
1) Golongan muda, terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak harus terpengaruh dengan kelicikan DSAI.
2) DSAI licik mencipta isu untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap fakta bahawa dirinya didakwa meliwat.
3) DSAI sengaja memutarbelitkan pelbagai isu dan mempolitikkan masaalah peribadinya.
4) DSAI mahu mengalih tumpuan ramai terhadap laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.
5) Rakyat harus membuat penilaian berdasarkan fakta, bukan isu. Faktanya: Anwar didakwa meliwat. Isunya: DSAI cuba mengalih tumpuan orang ramai mengenai masaalah peribadinya.
6) Kebanyakan blog hanya memperkatakan isu, bukan fakta.
7) Jangan mudah terpengaruh.
8) Perlu bersikap bijaksana untuk menilai sendiri.
9) Mengawal perasaan dan emosi.
10) Berpegang kepada fakta dan sejarah.
11) DSAI menjadi talibarut dan bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
12) DSAI petualang bangsa sanggup menghuruhara negara untuk mencapai cita-citanya.

Datuk Idris Harun memberitahu demikian kepada Berita Harian ketika berada di Kucing kerana menghadiri Malam Rumpun Budaya UNIMAS.