30.8.08

BAGAIMANA DENGAN BAJET 2009 ?


Bajet 2009 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 29 Ogos, 2008. {1

Tumpuan bajet 2009 ialah untuk menjamin kesejahteraan rakyat, membangun insan berkualiti dan memperkukuh dayatahan negara. {2

Sektor pendidikan mendapat peruntukan RM 31 bilion, bertambah sebanyak RM 1.8 bilion. {3

Individu, petani, nelayan, kakitangan awam dan golongan miskin dikatakan akan mendapat perhatian dan faedah daripada bajet 2009. {4

Ada pihak pembangkang kerajaan menyatakan bahawa habuan untuk rakyat adalah bagaikan gula-gula untuk memancing sokongan bagi mengekalkan kuasa. {5

Ada pihak swasta yang merasakan bahawa bajet 2009 tidak prihatan kepada sektor ini. {6

Sebahagian besar pesara pula menyatakan bahawa perhatian hanya diberikan kepada segelintir pesara dan sebahagian besarnya pula menyatakan bahawa bajet 2009, tidak adil. {7

Bajet 2009 ada kekuatan dan ada kelemahannya....... Yang penting ialah bagaimana saluran dana itu dan pengurusannya dilaksanakan supaya ia terus mencapai matlamat dan faedahnya sampai kepada sasaran.... {8

28.8.08

BAGAIMANA RAMA-RAMA TERBANG....


Dia terjumpa sebuah kepompong rama-rama tergantung di dahan. Pada suatu hari dia melihat ada lubang kecil pada kepompong itu. Beberapa jam dia asyik memerahatikan rama-rama itu berhempas-pulas untuk keluar melalui lubang kecil itu. Selepas itu, dia melihat rama-rama itu tidak bergerak lagi.
Dia ingin membantu sang rama-rama. Diguntingnya kepompong itu, dengan harapan mudah bebas daripada kepompongnya.
Sesungguhnya, dengan mudah, rama-rama itu dapat keluar. Tetapi badan rama-rama itu masih kelihatan membengkak. Sayapnya juga kelihatan masih kecil dan lemah.
Dia terus memerhati rama-rama itu. Dia mengharapkan pada bila-bila masa sahaja, sayap rama-rama itu akan membesar dan dapat menampung badannya yang akan mengecut.
Tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Malah rama-rama itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan merayap sahaja dengan badannya yang bengkak dan sayapnya yang kecil. Rama-rama itu tidak pernah berupaya untuk terbang.
Dalam belas kasihan dan keikhlasan untuk membantu, dia tidak faham bahawa kepompong yang sempit itu dan kudrat serta susah-payah rama-rama itu untuk keluar daripada lubang halus kepompongnya adalah kententuan ciptaan Allah. Usaha rama-rama itu akan memaksa cairan daripada bandannya mengalir ke arah pembesaran sayapnya. Dengan cara itu badannya akan mengecut. Hanya dengan demikian, rama-rama itu barulah bersedia untuk terbang setelah membebaskan dirinya daripada kepompong itu.

25.8.08

Jalur Gemilang


JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang telah dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947 yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru, Johor.

Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.

Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor. Al-Fatihah...

MERDEKA


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-5I

21.8.08

LAIN DISEBUT LAIN MAKSUD


Apa yang guru sebut dan (Apa yang guru maksudkan):

“Anak awak memang bijak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakannya". (Dia didapati meniru ketika peperiksaan).{1

“Anak awak memang cergas dan bersmangat.” (Dia pelajar hyperaktif dan tidak boleh duduk diam). {2

“Anak awak mempunyai imaginasi yang mengkagumkan. Sangat berkebolehan menyusun fakta dengan cereka.” (Dia pelajar yang amat pandai bercakap bohong). {3

“Anak awak sentiasa tenang, menunjukkan dia seorang pelajar yang tidak kisah apa orang lain kata.” (Dia pelajar yang malas dan tidak peduli arahan guru supaya menyiapkan kerja rumah).{4

“Anak awak berbakat menjadi peguam.” (Dia sentiasa tidak bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh guru).{5

“Anak awak memang suka dengan cabaran daripada rakan sebayanya”. (Dia pembuli).{6

“Anak awak meminati alam sekitar dan sentiasa mengambil peluang meneroka persekitaran alam sekitar yang diminatinya”. (Dia didapati selalu ponteng sekolah dan suka bersantai di tepi pantai).{7

“Saya kagum kerana anak awak masih mengekalkan personaliti keanak-anakannya”. (Dia masih belum matang walaupun sudah berada di Tingkatan Lima).{8

“Anak awak sangat petah bercakap” (Dia sangat celupar).{9

“Anak awak suka berterusterang dan bersikap terbuka”. (Dia suka mencarut).{10

18.8.08

BAGAIMANA KEGANASAN TERJADI ?


Keganasan yang berlaku di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat.

April 1999: Dua pelajar, Eric Harris dan Dylan Klebold menembak 12 pelajar dan seorang guru di Columbine High School di bandar Littleton, Colorado. Kemudian mereka menembak diri sendiri. {1

Februari 2000: Di Buell Elementry School, Kayla Rolland berusia 6 tahun telah ditembak mati oleh seorang murid lelaki berusia enam tahun. {2

Mei 2000: Di Lake Worth School, Florida, pelajar Nate Brazill, 13 tahun telah menembak seorang guru kerana dia digantung sekolah. {3

Mac 2005: Di Red Lake High School di Utara Minnesota, Jeff Weise, 16 tahun, telah menembak lima pelajar, seorang guru dan seorang pegawai keselamatan. Kemudian dia menembak diri sendiri. Sebelum itu dia telah membunuh datuk dan rakan datuknya. {4

September 2006: Di Wisconsin Barat, seorang pelajar berusia 15 tahun telah menembak mati pengetua sekolahnya. {5

Oktober 2006: Di Pennsylvanian Amish School, Charles Robert telah menembak lima pelajar di sebuah bilik darjah. {6

April 2007: Di Virginia Tech University, Cho Seung-hui, menembak 32 pelajar. {7

Februari 2008: Di Northern Illionis University seorang penembak telah membunuh 5 pelajar. {8

14.8.08

MARAH?


“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika marah.” (Riwayat Imam Ahmad)

UBAH TEKNIK DAN VOKASIONAL


Kementerian Pelajaran bercadang membuat kajian keperluan bagi memperkenalkan aliran vokasional dan teknik seawal tingkatan satu. {1 (Berita Harian: 11 Ogos, 2008)

Antara tujuannya ialah :

- untuk mengelakkan pembaziran sumber tenaga manusia;

- untuk memastikan hala tuju serta masa depan pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran;

- memudahkan laluan bagi pelajar aliran ini ke IPT. {2


Apa sahaja perancangan, jika bertujuan memantapkan pengisian agenda pendidikan negara, serta memastikan pelajar mendapat pendidikan sewajarnya memang dialu-alukan. {3

Pengisian agenda ini memang diharapkan jika ia dapat merealisasi tujuannya. {4


Beberapa persoalan untuk renungan bersama, antaranya:

Mengapa memilih untuk bermula pada tingkatan satu? Mengapa tidak pada tahun 4?

Tentulah kementerian mempunyai rasional sendiri berkaitan pemilihan ini, mungkinkah berkaitan dengan beban kewangan.? Faktor persekitaran dan kesesuaian? {5

Wajarkah pelajar ini disaring untuk memasuki aliran ini dan ditetapkan tanggapan bahawa pelajar ini ialah mereka yang kurang cemerlang.? Apakah kesan jangkapanjangnya? {6

Apakah keputusan UPSR akan menjadi kayu ukur saringan? {7

Apakah ada instrumen lain yang akan digunakan untuk memilih pelajar selain keputusan peperiksaan.? {8

Apakah kaitan antara pencapaian dan minat pelajar? {9


Memang banyak lagi persoalannya. Hal ini memang penting bagi mempasatikan apa yang dirancang itu benar-benar mencapai kejayaan. {10.


Negara-negara lain seperti Australia dan Kanada telahpun maju dalam pelaksanaan program pendidikan seumpama ini.{11

Kita boleh belajar, bukan sahaja daripada kejayaan mereka tetapi daripada kekangan-kekangan malah kegagalan mereka juga. {12


Jika dirancang dengan baik, kita mampu lebih cemerlang daripada mereka. {13


Kegagalan, bukan lagi “perkara biasa”. {14}…

12.8.08

ORANG BERILMU


Untuk menjadi orang berilmu, Imam al-Ghazali menyatakan orang itu harus melalui empat tahap:

1. Mencari dan mengusahakan;
2. Mengumpul hingga tidak memerlukan lagi bertanya;
3. Meneliti iaitu menggunakan ilmu yang sudah dikumpulkan serta memanfaatkannya; dan
4. Mengajarkannya kepada orang lain.

10.8.08

PPSMI

"Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum".

Terima kasih CheDet

9.8.08

BAGAIMANA PENGAJARAN GURU ?



Pengajaran berkesan:

Pengajaran guru banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran dan suasana bilik darjah, latar belakang pelajar dan objektif serta matlamat pengajaran yang berbeza.

Dalam hal ini, kreativiti guru menjadi penting supaya pengajaran menjadi berkesan.

Pada amnya tidak ada modul pengajaran yang terbaik boleh dicontohi guru.

Bagi mewujudkan pengajaran yang berkasan, guru boleh memperluaskan aktiviti-aktiviti berikut secara kreatif:

Memberi bantuan klinikal:

Mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan.

Menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan individu murid.

Membantu memulih dan membimbing pelajar menguasai sesuatu kemahiran.

Merancang Pengajaran:

Guru perlu

- Memilih objektif pengajaran.

- Memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai.

- Membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.

Melaksanakan pengajaran:

Guru perlu mengamalkan

- Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar.

- Kemahiran mengajar dengan teknik yang betul bagi merangsang pelajar menggunakkan teknik yang betul juga.

Pengurusan Bilik Darjah:

Bilk darjah perlu

- Mempunyai suasana yang menarik dan selsa persekitarannya.

- Membantu menjadikan pengajaran lebih mudah.

- Membantu plajar menjadi seronok belajar.

Memantau Kemajuan:

Penilaian dan pelaporan perlu untuk

Memantau kemajuan murid secara sistematik termasuk catatan maklumat kemajuan peribadi individu pelajar.

Kegunaan guru dan ibubapa membantu pelajar.

Menyayangi Pelajar:

Amalkan

- Sikap penyayang melalui tingkahlaku, tuturkata, perbuatan yang menggambarkan sifat penyayang.

- Nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai,membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan.

- Sikap positif supaya guru dan pelajar gembira dan seronok

6.8.08

PENDIDIKAN & DEB

"But the NEP was more successful in the field of education. When I wrote the Malay Dilemma in 1970, I cited education as one of the obstacles to progress of the Malays. At that time few Malays had university education. There were only a handful of Malay professionals."

Thank You CheDet

5.8.08

BAGAIMANA INI TERJADI...


Hari ini saya dipanggil untuk mengajar, menggantikan guru sejarah tingkatan lima yang berkursus.(1


Sudah lama tidak mengajar sejarah. Tetapi itu tidaklah menjadi masalah. Bertanya sahaja dengan guru-guru sejarah yang lain.(2


Biasanya sebelum mengajar saya lebih suka merujuk maklumat berkaitan topik berkenaan daripada internet.(3


Memang banyak maklumat. Pilih sahaja yang sesuai.(4


Cuma agak terkilan, fasiliti untuk mendapat maklumat daripada internet agak ketinggalan. Ada kemudahan wireless, tetapi amat perlahan dan memakan masa yang lama. (5


Setelah sekian lama, kemudahan seperti ini berada di sekolah-sekolah sewajarnya ia menjadi suatu alat bantuan mengajar yang amat bermanfaat kepada semua.(5


Kekangan-kekangan yang masih ada di sesetengah sekolah, antaranya ialah:-

a)peralatan kemudahan mengakses internet tidak berkesan dan tidak strategik.

b)phobia dan kebimbangan kerosakan peralatan yang akan melibatkan kos tambahan.

c)tiada kemahiran dan galakan.

d)tidak berminat.(6

Apapun, proses pengajaran dan pembelajaran mesti diteruskan juga. (7

4.8.08

Sains Pertanian


...''Kedudukan mata pelajaran ini akan dikaji semula," katanya pada majlis pelancaran program bumi hijau di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (2) di sini hari ini...
..................................................
Terima kasih Utusan Malaysia

Matapelajaran apa?
Kenapa dikaji semula?
Siapa yang berkata?
Siapa yang ada ketika dia berkata?
Apa tujuan sebenar dia berkata begitu?
Adakah kajian telah dibuat sebelum berkata begitu?

Sila baca Akhbar Utusan Malaysia : 3/8/2008

[
Keputusan sesaat...kesan berpanjangan]

2.8.08

Segala kebijaksanaan...

"Apabila kita berhadapan dengan keadaan yang hanya membenarkan satu cara sahaja untuk menyelesaikan masalah kita dengan pantas dan tepat, maka segala kebijaksanaan kita, kemahiran beranalisa dan menilai serta penakulan kita harus digunakan dan dipraktikkan dengan sepenuhnya. "

Terima kasih Cikgu Lee

Tidak Relevan?


Tingkatan Enam tidak releven?

Dalam perkembangan pendidikan negara, tingkatan enam sudah tidak releven lagi. Suatu pembaziran. Itu pendapat sesetengah pihak. Bagi saya tidak. Saya tetap menyatakan bahawa tingkatan enam masih relevan.

Tingkatan enam ialah satu laluan alternatif, khususnya pelajar-pelajar Melayu aliran sastera melanjutkan pelajaran ke IPT. Tingkatan enam memberi peluang pelajar-pelajar yang dianggap berpencapaian “sederhana” membuktikan kemampuan mereka memasuki IPT seiring pelajar-pelajar aliran sains yang “pintar”. Ternyata mereka memang mampu.

Tingkatan enam perlu diberi perhatian setidak-tidaknya sama seperti institusi pendidikan yang menyediakan prasarana yang sesuai untuk bakal pelajar IPT.

Sebaik-baiknya tingkatan enam dinaikkan ke taraf kolej, sekurang-kurangnya. Pelajar-pelajar tingkatan enam perlu mempunyai “kolej” sendiri. Hanya untuk tingkatan enam.

Kemudahan pembelajaran dan asrama perlu disediakan. Pada peringkat awal, bolehlah dibangunkan sebuah atau dua di setiap negeri. Kemudiannya bolehlah diadakan di setiap daerah.

Ura-ura Kementerian Pelajaran menstruktur semula sekolah, pengetua dan guru-guru tingkatan enam amat dialu-alukan. Dalam hal ini, ia akan menjadi lebih praktikal jika tingkatan enam diasingkan daripada sekolah harian biasa.

Dengan demikian akan dapat meredakan masalah penempatan pelajar, pemilihan pengetua dan guru, perancangan kurikulum dan penjadulan waktu belajar, sikap dan disiplin pelajar, kesungguhan semua pihak dan motivasi pelajar-pelajar tingkatan enam itu sendiri, dan lain-lain lagi. Masih relevan, sebenarnya.


1.8.08

Sepatah kata...

Sepatah kata perangsang ketika kita menghadapi kegagalan lebih bernilai daripada seribu kata pujian selepas mendapat kejayaan.

BAGAIMANA NASIB KITA..

"Nasib kita awan yang terbang melayang
Menentang dan mentertawakan kita
Menjadi kabut dalam tidur berwajah malam
Menjadi suria dalam kerja bercitra siang".


Terima kasih Dato Yaakub Isa

Tony Blair

"Blair is truly a criminal who was rejected even by the British people."

Thank You CheDet